Tuesday, 19 April 2016

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melakaww

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500gm daging | dipotong kecil
(*)7 helai daun limau purut
(*)1 pokok daun ketumbar
(*)2 biji tomato | dipotong baji
(*)1 kuntum bunga kantan
(*)500ml air
(*)250ml air asam jawa
(*)15ml minyak masak
(*)Garam secukup rasa
(*)1 kiub pati daging


BAHAN-BAHAN KISARNYA IALAH:

(*)10 tangkai cili kering
(*)6 ulas bawang merah
(*)3 ulas bawang putih
(*)2.5cm lengkuas
(*)2.5cm halia
(*)3 batang serai
(*)3 biji buah keras
(*)1 inci belacan
(*)4 helai daun limau purut
(*)1 pokok daun ketumbar


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.Kisar daun limau purut bersama daun ketumbar. Sementara itu, kisar bahan-bahan kisar seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, buah keras dan belacan sehingga lumat.

(*)2.Rebus terlebih dahulu daging untuk memastikan ia masak dengan lebih sempurna.

(*)3.Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk lumat sehingga garing dan naik baunya.

(*)4.Masukkan perahan air asam jawa, kiub daging dan biarkan ia mereneh seketika sehingga daging masak dan empuk.

(*)5.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato dan bunga kantan. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ia pekat dan pecah minyak sebelum dihidangkan.


EmoticonEmoticon