Monday, 18 April 2016

Rawatlah Ketiak 'Berkarat' Sebelum Anda Ditegur

Tags


(*)Sebelum suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.

(*)Usah berlengah lagi, jom cantikkan diri!


Punca Ketiak ‘Berkarat’


(*)1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.

(*)2. Ada juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

(*)3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

(*)4. Jangan tak tahu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.


Cara Atasinya ialah

(*)1.      Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun.

(*)2.      Kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.

(*)3.      Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh.

(*)4.      Lakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap.

(*)5.      Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat.

(*)6.      Sental tubuh dengan skrub khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut.

(*)7.      Elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.

(*)8.      Pilih deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal, ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.


Petua Tradisional

1. Limau + kapur sirih

(*)Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.



2. Buah betik

(*)Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.



3. Sirih + beras

(*)Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosokdengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.


EmoticonEmoticon