Monday, 18 April 2016

Bahan Selamat Untuk Anda Kikiskan Masalah Kulit Wajah

Tags


(*)Bahan utamanya menggunakan madu. Ramai sedia maklum, madu mempunyai khasiat yang terbaik untuk kulit. Selain memberi kelembapan bahan ini juga mampu memelihara wajah daripada kerengsaan.

(*)Gabungan bersama minyak zaitun memberi khasiat tambahan yang baik untuk kulit. Rujuk bahan asas lain...

Bahan-bahannya ialah:

(*)¼ gelas madu asli
(*)¼ gelas air atau air kelapa atau santan
(*)1 sudu besar minyak zaitun atau sabun cair yang dihasilkan dari minyak zaitun.

 (*)Langkah 1

(*)Masukkan ke semua bahan-bahan dalam mangkuk.

 (*)Langkah 2

(*)Kacau bahan-bahan ini dengan menggunakan sudu kayu atau plastik. Jangan gunakan sudu besi. Kacau dengan perlahan.

 (*)Langkah 3

(*)Masukkan adunan pembersih wajah ini ke dalam bekas yang anda inginkan.


INFO

(*)1. Cara menggunakannya, tuang sedikit ke tapak tangan dan sapukan pada muka. Lakukan seperti mana anda membersihkan wajah seperti biasa.

(*)2. Penggunaan sudu besi akan membuatkan madu teroksida. Sebaiknya elakkan penggunaannya.

(*)3. Rasai kesegaran wajah selepas menggunakan pembersih alami ini.


EmoticonEmoticon