BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)250gm udang
(*)250gm isi ayam | dipotong
(*)200gm sotong segar | dihiris
(*)2 sudu makan pes tomyam
(*)2 batang serai | diketuk
(*)2 helai daun limau purut
(*)2sm lengkuas
(*)1sm halia | dihiris halus
(*)2 ulas bawang merah | dihiris
(*)3 tangkai cili padi | diketuk
(*)1 biji tomato | dipotong
(*)1 tangkai daun ketumbar | ambil akarnya sahaja
(*)1 biji limau purut | diambil jusnya
(*)500ml air
(*)2 keping asam
(*)Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)Di dalam sebuah periuk, reneh air bersama pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas, halia, bawang merah, cili padi, dan akar daun ketumbar.
(*)Masak hingga mendidih, masukkan jus limau purut, asam keping, isi ayam dan masak selama tiga hingga empat minit.
(*)Selepas itu, masukkan tomato dan kecilkan api. Masukkan udang, sotong, garam dan gula secukup rasa. Biarkan didih sedikit dan tutup api.
(*)Hidangkan dan sedia dinikmati.
EmoticonEmoticon