(*)Kelemumur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, diantaranya kurangnya penjagaan anda terhadap rambut. Bermula daripada perkara simple seperti membersihkan rambut secara rutin sangat penting untuk menjaga kesihatan rambut.Pemberian vitamin yang tepat juga membantu menjaga kesihatan dan keindahan rambut anda. Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang super-sibuk dan kerap terdedah pada sinaran cahaya matahari yang terik, anda akan menjadi lebih mudah untuk mengalami masalah kulit kepala berkelemumur. Ini adalah kerana kulit kepala anda yang brpeluh. Begitu juga dengan anda yang berhijab, anda lebih mudah diserang masalah kulit kepala berkelemumur jika anda tidak betul-betul menjaga kesihatan rambut. Kulit kepala yang kotor, lembab dan berpeluh menjadi penyebab utama terbentuknya kelemumur.
(*)Mengatasi masalah kulit kepala gatal disebabkan kelemumur sukar dilakukan walaupun anda telah menggunakan pelbagai macam jenis syampu. Mungkin ada di antara anda yang sudah bertukar bermacam-macam jenis syampu untuk menghapuskan kelemumur, namun masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini tidak juga hilang.Anda patut tahu, bertukar-tukar syampu juga boleh merosakkan rambut anda.
(*)Sebenarnya masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini boleh anda atasi dengan beberapa cara semulajadi yang cukup berkesan. Antara cara yang efektif menghilangkan masalah kulit kepala ini adalah dengan menggunakan limau nipis. Ia dipercayai sangat mujarab untuk menghilangkan kelemumur. Zat yang terkandung di dalam limau nipis dapat menghilangkan sel-sel kulit mati pada kepala sehingga kepala anda terasa lebih bersih dan tidak gatal lagi.
(*)Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini sangat senang, belah buah limau nipis menjadi dua bahagian.Kemudian perah dan ambil air perahannya sebagai masker rambut. Sapukan air perahan limau nipis tersebut secara merata dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
(*)Selain menggunakan limau nipis, anda juga boleh menggunakan daun lidah buaya untuk mengatasi masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini. Tambahan pula lidah buaya mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan dan juga kesihatan rambut. Gunakan lendir pada daging lidah buaya. Dan tambahkan dengan sedikit madu. Campurkan kedua bahan itu sehingga ia sebati. Mengatasi masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal dengan lidah buaya boleh anda lakukan sebelum anda membasuh rambut. Gunakan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
EmoticonEmoticon