Sunday, 13 March 2016

Resepi Sup Tahu Telur Lazat

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)2 batang tofu telur | dipotong ikut suka
(*)3 biji bawang merah | dihiris halus
(*)2 ulas bawang putih | dihiris halus
(*)2.5cm halia | dihiris halus
(*)1 biji putih telur
(*)1 tangkai daun sawi | dipotong
(*)½ biji lada benggala merah ñ dihiris panjang
(*)½ biji lobak merah | diparut
(*)1 sudu teh serbuk lada sulah
(*)Air secukupnya
(*)Garam secukup rasa
(*)Minyak jagung untuk menumis

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.

(*)2. Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.

(*)3. Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

(*)4. Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon