Wednesday 9 March 2016

Tips Untuk Memutihkan Lutut Yang Hitam

Tags


1. (#)Lemon & Madu

(*)Buah lemon juga boleh anda gunakan untuk memutihkan lutut. Campurkan air perahan lemon dengan madu kemudian sapukan pada bahagian lutut secara merata. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.



2. (#)Minyak Zaitun

(*)Salah satu penyebab lutut hitam adalah kerana kulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan bahagian kulit lutut yang kering. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.



3. (#)Bawang Merah & Bawang Putih

(*)Cara yang tidak kurang hebatnya untuk memutihkan lutut yang hitam. Kisar atau parut sebiji bawang merah dan putih. Kemudian sapukan pada kulit lutut secara merata dan gosokkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.



4. (#)Almond & Yogurt

(*)Kedua-dua bahan ini cukup efektif untuk merawat kulit termasuk memutihkan lutut. Ambil 10 biji almond, kisar halus kemudian masukan dua sudu makan yogurt.Kacau sehingga menjadi pasta. Kemudian bolehlah disapu secara merata di lutut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.



5. (#)Skrub Oatmeal

(*)Skrub Oatmeal juga boleh merawat kulit agar nampak lebih cerah, begitu juga dengan bahagian lutut yang hitam. Ambil dua sudu makan serbuk oatmeal yang telah dicampur dengn satu sudu teh krim segar atau madu. Kemudian sapukannya pada lutut dan biarkan selama dua minit sebelum dicuci bersih.


EmoticonEmoticon