Wednesday 9 March 2016

Resepi Swedish Meatball Yang Tersangat Sedap Uollssss

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(Bebola daging)

(*)500 gm daging kisar
(*)1/2 biji bawang besar | dicincang halus *
(*)1 sudu besar mentega *
(*)3/4 sudu teh serbuk lada hitam
(*)1 sudu teh rempah campur
(*)1/3 sudu teh serbuk kayu manis
(*)1/3 sudu teh gula
(*)1-1/2 sudu teh garam
(*)2 sudu besar serbuk roti | kisar halus
(*)30ml susu segar
(*)1 biji telur

(Sos Perang)

(*)2 sudu besar mentega
(*)2 cawan stok ayam
(*)2 cawan whipping cream *
(*)1 sudu besar kicap cair
(*)1 ketul kiub ayam
(*)½ sudu teh serbuk lada hitam
(*)1 sudu besar tepung kentang | dibancuh dengan sedikit air
(*)Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(Bebola daging)

(*)1.Tumis bahan bertanda * sehingga keperangan. Ketepikan.
(*)2.Satukan bahan-bahan yang lain dan digaul rata. Kemudian masukkan bahan tumisan tadi.
(*)3.Sebatikan dan kemudian boleh dibentuk bulat mengikut saiz yang anda mahu.
(*)4.Masukkan sedikit mentega dalam kuali dan masak bebola daging anda dengan api sederhana.

(Sos perang)

(*)1.Satukan kesemua bahan kecuali yang bertanda * dan bancuhan tepung kentang.
(*)2.Didihkan sebentar dan perasakan secukupnya. Kemudian masukkan bahan bertanda *.
(*)3.Kecilkan api dan didih lagi sos sebelum memasukkan bancuhan tepung kentang. Pastikan sos tidak terlalu pekat.

(*)Boleh dinikmati bersama kentang dan jem strawberi mahupun beri biru.


EmoticonEmoticon