Wednesday 9 March 2016

Tips Mudah Untuk Atasi Masalah Bibir Kering Dan Pecah

Tags


1.Gunakan Pelembab Bibir

(*)Cara lain mengatasi bibir kering dan pecah ialah dengan rajin mengaplikasikan pelembab bibir atau lip balm. Pilih lip balm yang kaya dengan moisturizer, mengandungi minyak semulajadi serta terdapat label SPF(sun protecting factor) ataupun Vaseline (petroleum jelly). Kandungan tersebut boleh merawat bibir daripada sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab bibir kering.



2.Jangan Suka Menjilat Bibir!

(*)Jika ada suka menjilat bibir, hentikan ya! Ia akan memperburukkan lagi keadaan kulit bibir anda. Air liur yang mengandungi enzim melekat akan membuatkan bibir anda menjadi semakin kering. Jadi, hindarinya!



3. Elakkan Makanan Pedas & Masin

(*)Mulai saat ini, hindari sebarang pengambilan makanan pedas dan terlalu masin. Kedua-dua jenis makanan ini boleh menyebabkan bibir dan mulut menjadi kering. Selain itu, pengambilan makanan masin dan pedas juga akan membuatkan anda menjadi cepat haus.



4. Hindari Bernafas Dengan Mulut

(*)Aliran udara yang keluar daripada mulut boleh membuatkan bibir kering. Untuk itu, biasakan diri untuk bernafas melalui hidung.



5. Hindari Minuman Berkafein

(*)Jauhi minuman berkafien kerana ia cenderung menghalang manfaat air bagi tubuh. Kafein akan menghilangkan kelembapan. Jika anda memerlukan minuman panas, lebih baik pilih teh herba seperti teh hijau atau chamomile. Teh hijau mengandungi antioksidan yang baik dan mampu membersihkan tubuh. Manakala teh chamomile memberikan efek yang menenangkan.



6. Perbanyakan Pengambilan Sayuran & Buah-buahan

(*)Cuba tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin E,C,A dan antioksidan. Selain boleh menyembuhkan bibir kering, ia juga boleh melembapkan kulit.



7. Gunakan Madu & Minyak Zaitun

(*)Madu dan minyak zaitun merupakan cara semulajadi untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Selain elok dimakan, anda juga boleh mencalitkannya pada bibir. Sapukan madu atau minyak zaitun di bibir ketika mahu tidur. Sewaktu bersahur, minumlah satu sudu besar madu. Selain dapat mencegah bibir kering, madu juga memberikan anda energi ketika berpuasa.



8. Katakan Tidak Pada Rokok!

(*)Hindari merokok ketika bersahur kerana ia akan membuat bibir anda kelihatan hitam.



9. Khasiat Mentimun

(*)Mentimun juga boleh menjadi pelembap bibir paling semulajadi kerana mentimun mengandungi banyak air yang boleh memberikan pelembab ekstra pada bibir. Caranya, potong mentimun. Kemudian letak di bibir dengan sedikit ditekan agar sari patinya keluar. Mentimun juga boleh membuatkan bibir anda kelihatan lebih lembut dan nampak kemerah-merahan.


10. Teknik Pengelupasan

(*)menggosok gigi dan mengaplikasikan skrub bibir. Kemudian gosok bibir dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pastikan bibir anda dalam keadaan basah. Cara ini bermanfaat untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang sudah mati dengan cepat dan efektif.



Tips Ekstra!

(*)Cara terbaik untuk menanggal sel kulit mati pada bibir adalah dengan skrub. Campurkan sedikit gula pasir dengan sedikit minyak zaitun. Baurkan keduanya dan gosok perlahan-lahan pada bibir sehingga ada kulit bibir yang tanggal.

(*)Kulit mati yang mengelupas tidak akan menimbulkan rasa sakit atau pedih ketika digosok. Jika kulit sudah terasa lembut, hentikan menggosok. Kemudian basuh bibir dengan air bersih untuk membersihkan gula dan serpihan sel kulit mati. Setelah itu keringkan bibir dengan tisu.


EmoticonEmoticon