Wednesday, 9 March 2016

Tips Terbaik Cara Penjagaan Payudara

Tags


(#)Pakai Bra/Coli Yang Tepat Dengan Ukuran Payudara

(*)Ramai di antara kita yang sebenarnya masih menggunakan bra dengan ukuran yang tidak tepat. Sedangkan perkara ini boleh menyumbang kepada bentuk dan struktur kulit payudara.Menggunakan bra dengan ukuran yang salah membuatkan payudara cepat kendur, posture tubuh menjadi tidak cantik serta sakit belakang.Selain itu,ia juga boleh menimbulkan kesan melecet dan ruam pada kulit sekitar payudara.


(#)Teliti Soal Pemakanan

(*)Tubuh terdiri daripada nutrisi yang dimakan. Ini bermakna pola makan yang kurang nutrisi, vitamin dan mineral boleh mempengaruhi kesihatan organ dan kulit. Keledek dan bayam kaya dengan vitamin A dan sangat baik dimakan. Ia membantu menyihatkan kulit di sekitar kawasan payudara serta bahagian lain dari tubuh. Vitamin C dan E yang terkandung juga sangat bagus untuk proses pengeluaran kolagen pada kulit.


(#)Pakai Pelembab

(*)Bukan hanya muka sahaja yang perlu diperhatikan kelembabannya sahaja. Payudara juga begitu. Ini adalah kerana payudara yang terus menerus terkena gesekan daripada pakaian boleh menjadi kering dan iritasi. Oleh sebab itulah, payudara juga penting diberikan pelembab.


(#)Kenali Petanda Kanser Payudara

(*)Carilah informasi sebanyak mungkin tentang kanser payudara serta gejala-gejala nya yang mudah dikenali. Ia akan membuatkan anda menjadi lebih peduli dengan keadaan payudara anda.Dengan mengetahui tanda-tanda dan gejala kanser payudara ia dapat membantu menyelamatkan hidup anda.


EmoticonEmoticon