Saturday, 5 March 2016

Tips Mudah Untuk Kurus Selepas Bersalin

Tags


Pengambilan Makanan Seimbang

(+)Anda yang baru melahirkan anda memang tidak boleh melakukan diet. Jadi, pastikan apa yang anda makan itu merupakan makanan sihat. Makanan seimbang perlu mencukupi dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, produk susu rendah lemak serta ikan.

(+)Cara semulajadi untuk kembali kurus selepas bersalin adalah dengan cara menyusui bayi anda.Ia bukan sahaja bagus untuk tumbesar bayi, tetapi turut membantu anda menurunkan berat badan. Menyusui bayi dikatakan mampu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

Minum Banyak Air Masak/Putih

(+)Anda kena minum air masak atau air putih, paling kurang 8 gelas sehari.Apabila air kencing anda berwarna kuning, itu merupakan tanda-tanda dehidrasi.Anda disarankan minum air masak atau putih banyak -banyak untuk menyegarkan tubuh dan juga meningkatkan serta mengembalikan sistem metabolisme tubuh.


Bersenam

(+)Jangan terkejut ya! Anda sebenarnya tidak perlu pergi ke gym pada saat ini.Anda boleh bersenam bersama bayi anda. Misalnya, mengajak bayi anda bersiar-siar, tak kira sama ada menolaknya menaiki kereta sorong ataupun mendukungnya kerana ia mampu membantu anda membakar lemak.


Makan Bila Perut Terasa Lapar

(+)Jangan melambat-lambatkan waktu makan anda semata-mata ingin cepat kurus. Anda perlu ingat bahawa anda sedang menyusukan bayi. Jadi, kedua-duanya perlu mendapatkan nutrisi yang secukupnya.Atur jadual pemakanan anda dan makan dalam jumlah kalori yang masuk akal pada setiap makanan.


EmoticonEmoticon