Saturday, 5 March 2016

Resepi Kek Gulung Oren Lembut

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

:_:90 gm tepung gandum | diayak
:_:100 gm gula pasir | dikisar halus
:_:1 sudu besar susu tepung
:_:1 sudu teh ovalette
:_:5 biji telur
:_:60 gm mentega | dicairkan
:_:1 sudu teh pes oren
:_:1 sudu teh esen vanila


BAHAN-BAHAN KRIM:

:_:100 gm krim keju
:_:20 gm gula halus
:_:1 sudu besar jus oren
:_:100 ml krim  putar
:_:Sedikit badam panggang | dicincang halus



CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. :_:Panaskan ketuhar pada suhu 180’c. Lapik loyang dengan kertas minyak dan gris menggunakan mentega dan juga sedikit tepung. Ketepikan seketika.

2. :_:Pukul telur bersama gula, ovalette dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi hingga kembang.

3. :_:Kemudian masukkan tepung, susu dan pes oren. Pukul lagi dengan kelajuan sederhana hingga sebati.

4. :_:Masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati menggunakan spatula.

5. :_:Tuang adunan ke dlaam Loyang dan bakar selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

6. :_:Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan perlahan-lahan. Sejukkan seketika.

7. :_:Untuk krim, campur kesemua bahan dan pukul hingga sebati.

8. :_:Sapukan krim pada kek dan gulung dengan kemas.  Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong.


EmoticonEmoticon