Saturday, 5 March 2016

Resepi Kebab Ayam Mudah Dan Ringkas

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

[••]    3 keping roti pita
[••]    200gm isi ayam | dipotong dadu
[••]    1 ulas bawang putih | dicincang halus
[••]    ½ biji bawang besar | dimayang halus
[••]    1 sudu besar sos cili
[••]    1 sudu besar sos lada hitam
[••]    1 sudu besar mayones
[••]    8 helai daun salad | dibersihkan
[••]    2 sudu besar mentega

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. [••]Cairkan mentega dan  tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. [••]Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. [••]Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. [••]Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. [••]Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.


EmoticonEmoticon