Thursday, 24 March 2016

Tips Memotong Kuku Bayi Yang Baru Lahir

Tags


Ikuti beberapa tips berikut:

(*)Gunakan peralatan yang tepat. Guna ketip atau gunting kuku untuk bayi, atau peralatan manicure pedicure khas untuk bayi. Seeloknya guna gunting kuku berukuran kecil dan gunting bulat.

(*)Pastikan anda memotongnya di tempat yang terang. Pencahayaan yang terang membolehkan anda melihat dengan lebih jelas kuku bayi yang akan dipotong.

(*)Potong atau gunting kuku bayi selepas mandi. Pada ketika itu kuku bayi lebih lembut sehingga lebih mudah untuk dipotong. Anda juga disarankan memotong kuku bayi anda ketika dia tidur atau sedang leka menyusu.Dudukkan bayi anda di atas pangkuan, tekan hujung jari sehingga kuku terkeluar sedikit dari kulit. Kemudian potong di bahagian berwarna putih

(*)Potong kuku bayi dengan bentuk lurus rata, dan bukannya dengan bentuk melengkung seperti kuku dewasa. Usahakan agar memotongnya tidak terlalu pendek atau kuku masih terlalu panjang. Tinggalkan kuku sedikit saja agar jari tidak sampai terluka. Asah (nail files) kuku jari tangan dengan bentuk melingkar untuk menghindari hujung kuku menjadi tajam. Sementara itu, potong lurus kuku kaki.

(*)Sekiranya anda tidak sengaja melukai kulitnya, basuh kawasan yang terluka dengan air mineral dan sapukan dengan ubat antiseptik. Jangan balut atau tutup luka tersebut dengan plaster untuk menghindari bayi menarik atau memasukannya ke dalam mulut.


Info Ekstra

(*)Untuk menghentikan pendarahan apabila anda tidak sengaja melukai, celupkan kuku yang berdarah ke dalam air sejuk. Kemudian keringkan dengan menggunakan tisu dan pegang kuku bayi anda dengan sedikit tekanan. Dalam masa 1-2 minit pendarahan tersebut akan berhenti.


EmoticonEmoticon