Thursday, 24 March 2016

Resepi Kuih Bakar Labu Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)2 cawan tepung gandum
(*)1/2 cawan tepung beras
(*)2 cawan gula
(*)4 biji telur
(*)400 ml Santan Kara
(*)1 cawan isi Labu ( Labu di kukus kemudian ambil isi dan lumatkan )
(*)2 cawan Susu segar
(*)1/8 cawan minyak masak
(*)Sedikit garam
(*)Sedikit bijan sebagai hiasan

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) dalam bekas besar kemudian pukul dengan pemukul tangan selama 10 minit.

(*)2. Panaskan acuan kuih bakar kelopak 8. Oles dengan sedikit minyak, lalu tuangkan adunan dalam acuan dan tabur bijan di atasnya.

(*)3. Bakar bahan dengan suhu 180C /360F atau hingga kuning tepinya, barulah diangkat. Sejukkan sebelum dihidangkan.


Info Penting:

(*)Boleh gantikan labu dengan ubi keledek.


EmoticonEmoticon