Friday, 4 March 2016

Tips Mekap Simple Tapi Menawan

Tags


1. [_]Kuasa Lip Gloss

(*)Jika anda terburu-buru di pagi hari, gunakan lip gloss dan gunakan hujung hari pada bibir.Tak ada masalah pun jika anda menggunakan warna yang neutral atau berwarna dengan lapisan yang ekstra berkilat kerana ia membantu penampilan bibir anda kelihatan lebih seksi.

(*)Lip gloss tersebut boleh anda simpan di dalam dompet atau poket dan anda boleh menggunakannya lagi pada ketika anda memerlukannya.Gunakan lip balm atau bedak sebelum anda menyapu lip gloss. Ia akan membuat lip gloss tersebut bertahan lebih lama di bibir.


2. [_]Blush On Multi Fungsi

(*)Anda tidak perlu bingung memilih warna untuk eyeshadow atau pembayang mata. Setelah mengenakan blush on untuk pemerah pipi, gunakan pula sebagai eyeshadow. Dengan sapuan yang sedikit dan selaras, penampilan mata anda pasti lebih segar. Warna pink dan peach mampu memberikan gaya yang lebih segar.


3. [_]Jika Terdesak,Gunakan Saja Concealer!

(*)Conclear berguna untuk menutupi setiap perubahan warna pada kulit wajah. Gunakan concealer di tempat yang diperlukan.Biasanya di bawah mata, di sudut-sudut luar mata, di sekitar lubang hidung dan pada setiap wajah yang mungkin warna kulitnya berbeza.Dengan mengaplikasikan concealer, ketika anda menggunakan bedak wajah, ia akan kelihatan lebih sekata.Wajah anda pasti akan kelihatan lebih cantik dan muda.


4. [_]Bronzer

(*)Wajah yang lebih cerah akan membuat wajah menyerlah dan anda boleh menggunakan warna yang lebih cerah di sekitar kawasan mata agar nampak segar.Jika anda ingin menampilkan make up yang lebih dramatik.

(*)Gunakan bronzer sebagai pemerah pipi atau eyeshadow, dan pakailah sebagai pemerah pipi untuk menajamkan bentuk tulang pipi. Bronzer adalah cara pantas untuk memberikan kesan bersinar yang mampu menyerlahkan lagi penampilan mekap simple anda.Pilihlah bronzer dengan tone emas atau oren.

(*)Gunakan berus lebar dengan bahagian atas membulat dan anda boleh mengaplikasikan bronzer pada bahagian yang kerap terkena sinaran matahari, seperti di atas dahi, hidung, pipi dan dagu, atau pada kawasan rahang bawah berdekatan dengan leher untuk menyeimbangkan dada dan wajah.



(*)dah siap pun gaya mekap simple. Tak sampai 20 minit! Setelah selesai mekap, jangan lupa menata rambut atau menggayakan hijab kesukaan supaya anda kelihatan lebih cantik.


EmoticonEmoticon