Friday 4 March 2016

Resepi Ayam Kung Pao Sangat Mudah Untuk Buat

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

\\\400gm isi ayam | dipotong kecil
\\\8 tangkai cili kering | dipotong pendek
\\\1 biji bawang besar | dipotong halus
\\\2 ulas bawang putih| ditumbuk halus
\\\1 inci halia | dihiris halus
\\\2-3 sudu besar kacang gajus panggang
\\\½ biji lading benggala merah
\\\50gm kacang papan
\\\2 sudu besar minyak bijan

Bahan-bahan perapan:

\\\1 sudu besar kicap cair
\\\1 sudu besar sos tiram
\\\1 sudu besar tepung jagung
\\\1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan-bahan sos:

\\\1 sudu besar kicap pekat
\\\2 sudu besar kicap cair
\\\2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
\\\1/4 cawan stok ayam
\\\1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
\\\Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1.\\\Bersihkan ayam dan tos. Kemudian diperap dengan bahan perapan selama 15-20 minit.
2.\\\Satukan semua bahan sos. Ketepikan.
3.\\\Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
4.\\\Kurangkan minyak ayam tadi dan masukkan minyak bijan untuk menumis bawang putih dan halia. Masukkan cili kering bila sudah naik bau.
5.\\\Kemudian masukkan ayam, lada benggala, kacang gajus dan kacang papan.
6.\\\Masukkan pula bahan sos dan kacau sebati sehingga masak. Jika mahu, bolehlah ditaburkan dengan daun bawang.


EmoticonEmoticon