Friday, 18 March 2016

Tips Ketika Hamil Dapatkan Berat Badan Ideal

Tags


Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, berikut adalah petua dan tips ketika hamil yang harus anda praktik serta berikan perhatian.

1.    Harus Makan Secara Teratur & Seimbang

(*)Memasuki  trimester kedua biasanya tiada lagi rasa mual dan muntah sehingga ada nafsu makan para ibu hamil cenderung bertambah.  Perhatikan pola pemakanan iaitu makan tiga kali sehari  secara teratur dengan jumlah yang sesuai dengan keperluan pada waktu yang sama pada setiap hari, dengan keperluaan seimbang daripada sumber yang bervariasi.

(*)Masukkan unsur makanan yang mengandungi karbohidrat, protein,lemak serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi mikromineral vitamin, mineral serta serat. Jangan lupa minum air putih secukupnya.

(*)Ketika hamil, anda tidak boleh berada dalam kelaparan atau kehausan. Namun, jangan ‘mengunyah’ secara berlebihan. Kudapan adalah pelengkap total kalori yang diperlukan oleh tubuh anda. Hindari untuk melakukan diet ketat, kerana janin tetap memerlukan kandungan zat yang lengkap untuk pertumbuhannya.



2.    Hindari Makan ‘Cepat-Cepat’

(*)Kunyah banyak-banyak kali! Itu adalah lebih baik kerana apabila anda makan dalam keadaan tergesa-gesa atau nak cepat, gula darah akan meningkat –berbahaya bagi ibu hamil.

(*)Peningkatan terjadi ketika sumber karbohidrat yang anda ambil sudah diserap oleh usus dan masuk ke dalam perjalanan darah. Kadar gula normal akan membuatkan anda berasa kenyang. Makan dengan cepat tanpa dikunyah juga akan membuatkan anda menghabiskan makanan dengan banyak.



3.    Makanan Sampingan Yang Sihat

(*)Singkirkan jajan sepert kerepek kentang yang selama ini menjadi sahabat karib anda. Ia mengandungi kalori dan kandungan garam  yang tinggi. Sebaiknya, anda makan buah-buahan, coklat, susu atau yoghurt. Buah-buahan adalah makanan sampingan yang sihat kerana mengandungi banyak serat dan rendah lemak.

(*)Coklat adalah sumber antioksidan, apatah lagi ‘dark chocolate’ yang tidak mengandungi kalori. Manakala susu dan yoghurt mengandungi kalsium yang membantu untuk pertumbuhan tulang janin.



4.    “Makan Untuk Dua Orang”

(*)“Mengandung bermakna makan untuk dua orang”. Ayat ini seolah-olah menggalakkan anda untuk makan dengan bebas serta dalam jumlah yang banyak! Jangan terpedaya! Meskipun dalam perut anda ada makhluk hidup lain, bukan bermakna anda harus makan dengan sebanyak-banyaknya.Cara seperti ini boleh menyebabkan anda kelebihan berat badan.

(*)“Makan untuk dua orang”, sebenarnya menyuruh anda menitikberatkan soal menjaga pola pemakanan. Perhatikan keperluannya dan bukan bermakna jumlah makanan yang anda harus ambil itu berlipat-lipat kali ganda!




5.    Timbang Berat Badan Setiap Minggu

(*)Sebagai ibu hamil, anda perlu timbang dan catat berat banda anda minimum satu minggu sekali. Dengan mengawal berat badan, akan mempermudahkan hasrat anda untuk mengembalikan berat badan anda ke posisi ideal setelah melahirkan nanti.


EmoticonEmoticon