Friday, 18 March 2016

Resepi Ayam Goreng Rangup Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(Bahan perapan ayam)

(*)1 ekor ayam | dipotong kecil
(*)7 ulas bawang putih | ditumbuk halus
(*)2 sudu besar serbuk cili
(*)1 sudu besar serbuk kari ayam
(*)2 sudu teh garam
(*)Secubit soda bikarbonat
(*)Secubit serbuk perasa
(*)Sedikit air

(Bahan untuk tepung salut):

(*)2 cawan tepung jagung
(*)½ cawan tepung gandum
(*)1 sudu bersar serbuk cili (jika mahu)
(*)Garam secukup rasa
(*)Secubit soda bikarbonat
(*)1 biji telur

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 1-2 jam.

(*)2.    Kemudian pukul telur di bekas lain dan golekkan ayam di dalamnya.

(*)3.    Masukkan bahan untuk tepung salut dalam bekas dan gaul sebati. Kemudian salutkan ayam dengan tepung.

(*)4.    Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan kuning keemasan.


(*)*Untuk memastikan ayam anda masak, tutup kuali seketika dan biarkan api sederhana. Ia akan memastikan isi ayam masak tetapi lembut dan berjus.


EmoticonEmoticon