Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
Sinaran matahari
(*)Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
Perubahan hormon
(*)Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
Kosmetik
(*)Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
Keturunan.
(*)Akibat daripada genetik.
Take Note!
(*)Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya.
Cara Merawat Jeragat Di Muka
(*)Terdapat beberapa cara untuk merawat jeragat di muka. Antaranya:
Pengelupasan Kimia
(*)Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Agak berkesan untuk jeragat tetapi anda harus melaksanakan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya lebih kurang 50 hingga 70% melasma akan kurang.
Laser
(*)Cara ini adalah lebih berkesan kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam.
Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
(*)Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Sangat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.
Krim dan Sunblock
(*)Ini merupakan rawatan susulan kepada rawatan di atas. Ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan jeragat di atas.
L Glutahione
(*)Anda juga boleh mencuba untuk menggunakan produk berasaskan homeopathy dan biochemic. Selain itu pengambilan Glutathione juga membantu menyingkirkan toksin di dalam hati dan badan akibat penggunaan ubat berasaskan kimia.
Petua Hilangkan Jeragat Di Muka
(*)1. Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lim minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih
(*)2. Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.
(*)3. Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
(*)4. Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
(*)5. Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
(*)6. Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti skrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
(*)7. Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
EmoticonEmoticon