Tetapkan Masa Tidur Anda 8 Jam Sehari
{__}Ia sangat membantu kerana masa tidur yang mencukupi membuatkan anda berasa segar pada ketika bangun tidur di pagi hari itu.
Jauhkan Alat Elektronik Dari Anda
{__}Ketika hendak masuk tidur,jauhkan diri daripada sebarang alat elektronik.Matikan semuanya.Tahukah anda radiasi yang ditimbulkan seperti daripada telefon bimbit boleh membuatkan anda berasa kurang tidur meskipun anda sudah puas melelapkan mata.
Matikan Lampu
{__}Matikan lampu di bilik anda sebelum tidur, kerana lampu boleh membuatkan anda susah untuk memejamkan mata. Selain itu, meskipun anda tertidur lelap tapi mata anda tidak beristirahat kerana cahaya lampu dapat menembus kelopak mata anda.
Senaman Ringkas Ketika Bangun
{__}Senaman ringan boleh anda lakukan supaya rasa mengantuk tersebut terus hilang. Anda boleh berjalan-jalan atau menonton rancangan kesukaan anda pada pagi hari. Di samping itu, ketika bangun tidur di pagi hari, anda boleh juga buat sedikit peregangan supaya otot dan urat kaki tidak kaku.
Mandi Cepat!!!!
{__}Mandi dikatakan dapat membangunkan saraf-saraf anda, sehingga secara automatik rasa mengantuk anda akan hilang. Apalagi jika anda mandi dengan air sejuk, maka dapat dipastikan membuatkan mata anda melotot seketika.
EmoticonEmoticon