Monday, 21 March 2016

Tips Cara Tanam Bunga Orkid

Tags


Cara Tanam Orkid

(*)Sediakan arang atau sabut kelapa. Jika tiada, anda juga boleh menggunakan pecahan batu bata. Pastikan saiznya kecil dan muat untuk diletakkan di dalam pasu.

(*)Sebelum memasukkan batang pokok orkid, pastikan akarnya yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.

(*)Masukkan arang tadi sebanyak ¾ ke dalam pasu anda. Kemudian ambil orkid dan letakkan ke dalam pasu. Letakkan baki arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.

(*)Kemudian, siramkan air 2 kali sehari. Sekali sekala anda mestilah berikan baja yang secukupnya.


Tips Penjagaan Bunga Orkid

(*)Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama arang dan batu bata kerana serbuk kayu boleh meresap kadar air siraman dan bertahan lebih lama. Kebanyakan orkid yang ditanam mengunakan  arang, pecahan batu bata serta serbuk kayu adalah jenis orkid dendrobium, vanda, cattleya dan phalaenopsis.

(*)Siram bunga orkid anda secara teratur. Ia dapat menyuburkan lagi bunga orkid anda.

(*)Gunakan kulit pisang sebagai baja tambahan. Letakkan kulit pisang di dalam pasu bunga orkid anda dan hasilnya orkid anda berbunga cantik.

(*)Pecahkan batu bata, arang mengikut yang sesuai dan masukkan ke dalam pasu. Susun atur dibahagian bawah dengan pecahan batu bata yang besar serta selang selikan bersama arang yang kecil.


EmoticonEmoticon