Monday, 21 March 2016

Resepi Telur Puyuh Sambal Lazat

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)10 biji telur puyuh (direbus, dikupas kulit telurnya dan goreng seketika –kekuningan)

(*)Setengah biji tomato dicincang kasar

(*)Sehelai daun daun salam

(*)Sedikit garam

(*)Sedikit gula/serbuk perasa

(*)Secawan air putih

(*)Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar Halus:

(*)2 biji bawang besar merah

(*)2 biji bawang putih

(*)8 sudu makan cili kering(sudah dikisar)

Cara Membuatnya ialah:

(*)Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga berbau harum.

(*)Kemudian, masukan daun salam dan tomato cincang. Kacau sehingga layu.

(*)Tuang air, masukkan telur puyuh.

(*)Masukkan garam dan gula pasir/serbuk perasa. Gaul sehingga sebati, sehingga sedikit kering.

(*)Jika semuanya sudah cukup rasa, angkat dan hidangkan Sambal Telur Puyuh yang sesuai dimakan bersama nasi panas dan kicap.


EmoticonEmoticon