Saturday, 5 March 2016

Teknik Solekan Kening

Tags


Antara Teknik Solekan Kening adalah:

1. (-)Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk mengemaskan kening.



2. (-)Gunakan berus kening senget (eyebrow brush) untuk meletak warna yang digemari.



3. (-)Lukiskan garisan kening pada bahagian bawah mengunakkan pensel kening berwarna coklat.



4. (-)Kemudian lukiskan juga garisan kening pada bahagian atas. Gunakan pensel kening berwarna coklat. Pastikan garisan tersebut bertemu di bahagian hujung.



5. (-)Seterusnya warnakan dengan layangkan pensel kening atau berus menggunakan pembayang mata berwarna coklat gelap didalam kawasan bergaris dan ratakan keseluruhan bahagian kening sehingga ke hujung kening.



6. (-)Lakukan perkara sama pada bahagian sebelah lagi. Pastikan kedua-dua kening dilukis dengan bentuk yang sama.



7. (-)Sapukan dengan berhati-hati bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik.


Antara Tips Penting Solekan Kening adalah:

(-)Pastikan kening anda sudah dikemaskan terlebih dahulu dengan menyikat kening menggunakan berus kening.
(-)Kenal pasti titik mula dan titik akhir kening. Gunakan berus yang berbentuk serong hujungnya, supaya senang untuk membentuk kening.Untuk kekemasan yang lebih maksimum gunakan “mascara brow”.
(-)Gunakan warna coklat gelap atau coklat. Elakkan menggunakan coklat kemerahan. Coklat gelap boleh diperoleh dari eyeshadow ataupun dari pensil kening.


EmoticonEmoticon