Saturday 5 March 2016

Resepi Udang Masak Kicap Enak

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

[-]10 ekor udang | dibersihkan
[-]2.5 cm halia
[-]2 biji bawang putih
[-]1 biji bawang besar
[-]1/2 sudu teh bahan perasa
[-]1 sudu makan kicap pekat
[-]1 sudu teh garam
[-]1 sudu teh gula
[-]2 sudu makan sos tiram
[-]Minyak masak secukupnya


CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. [-]Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
2. [-]Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali sekali lagi, tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi.
3. [-]Kemudian masukkan halia, kacau rata.
4. [-]Selepas itu masukkan kicap pekat, sos tiram, bahan perasa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
5. [-]Masukkan sedikit air dan biar mendidih seketika dan pekat. Masukkan udang tadi dan bawang besar. Kacau seketika dan angkat.
6. [-]Sedia dihidang dan dinikmati.


EmoticonEmoticon