BAHAN-BAHAN:
(_)4 biji telur rebus semalam
(_)2 biji bawang merah besar | dikisar
(_)2 ulas bawang putih | dikisar
(_)6 biji cili kering | dikisar
(_)2 sudu makan sos cili
(_)1 sudu makan sos tomato
(_)Sedikit air asam jawa
(_)Garam dan gula secukup rasa
(_)Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. (_)Buang kulit telur dan goreng sekejap hingga perang. Angkat dan ketepikan.
2. (_)Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
3. (_)Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
4. (_)Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. (_)Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
EmoticonEmoticon