Saturday, 5 March 2016

Punca Bayi Sering Demam Panas Dan Petua Untuk Merawatnya

Tags


Bawa ke doktor dengan segera sekiranya bayi anda:

(*) Berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih

(*) Berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih



Mengapa bayi demam panas?

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:

(*)selsema
(*)sakit tekak
(*)jangkitan telinga
(*)jangkitan salur kencing
(*)masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
(*)virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut


Oleh itu, ibubapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi  anda diserang demam panas:

1. (*)Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).



2. (*)Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerak balas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.



3.  (*)Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.



4.  (*)Tidak makan atau minum seperti biasa.


5.  (*)Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.



6. (*)Demam yang melebihi 5 hari.



7. (*)Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan.



8. (*)Bengkak sendi dan angggota badan.



9.  (*)Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.


10. (*)Sawan.



Nota : Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.



Apakah kaedah yang anda boleh lakukan sekiranya terjadinya sawan tarik kepada anak anda atau sesiapa sahaja?

(*)Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
(*)Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata
(*)Longgarkan pakaian anak anda terutama di bahagian leher dan kepala.
(*)Miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
(*)Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
(*)Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
(*)Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
(*)Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.
(*)Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.



Petua Merawat Bayi Demam Panas

1. (*)Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.



2. (*)Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.



3. (*)Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.



4. (*)Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol (panadol syrup)  untuk kanak-kanak. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil ‘supp’ atau nama penuhnya ‘suppository’) digunakan.



5. (*)Antibiotik juga boleh digunakan kerana ia membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Rujuklah ke doktor anda untuk maklumat lanjut.



Tips Ekstra!

(*)Lap dan basahkan badan setiap masa apabila rasa badan anak panas.
(*)Lap guna air asam jawa (diramas dan ditambah air).
(*)Sentiasa manjaga dan monitor suhu badan anak.
(*)Basahkan badan anak atau lap menggunakan perahan daun bunga raya (diramas di dalam air sehingga keluar lendir lalu disapu pada kepala dan badan).
(*)Pastikan dia mendapat tidur yang cukup (tidur cukup membantu mempercepatkan pemulihan).


EmoticonEmoticon