Saturday, 5 March 2016

Resepi Kuih Koci Labu

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH

#1/2 biji labu | dikukus dan dilecek
#300gm tepung pulut
#250ml santan
#Garam secukup rasa
#Air untuk mengukus secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI

#2 biji kelapa parut
#300ml air
#3 ketul gula Melaka
#2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN PEMBUNGKUS

#Daun pisang untuk membungkus secukupnya
#Minyak untuk melenser


CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. #Masak gula Melaka, kelapa parut, daun pandan bersama air hingga larut dan pekat. Ketepikan.

2. #Kemudian, bancuh adunan tepung pulut bersama santan, garam dan labu yang dilecek hingga menjadi adunan yang sebati dan tidak melekat di tangan.

3. #Bulat-bulatkan doh dan sumbat sesudu makan inti ke dalamnya. Bungkus dengan daun pisang yang dilenserkan dengan minyak masak dankemaskan bungkusan. Ulang langkah sehingga habis.

4. #Kukus kuih koci labu selama 25 minit atau sehingga kuih berkilat.

5. #Biarkan kuih sejuk dan hidangkan bersama kopi atau teh panas.


EmoticonEmoticon