Tuesday, 15 March 2016

Tanda-Tanda Anda Kurang Vitamin D

Tags


1.  Kelemahan Otot

(*)Penurunan fungsi otot merupakan akibat daripada kekurangan vitamin D dalam jaringan otot dan saraf. Anda mula terasa seperti hilang energi dan tidak boleh bergerak aktif serperti biasa.

2.  Tekanan Darah Tinggi

(*)Selain baik untuk kesihatan tulang, vitamin D juga berperanan dalam kesihatan jantung dan membantu mengatur tekanan darah.

3.  Cepat ‘Sentap’

(*)Sebelum anda menyalahkan hormon atau gejala PMS(pre-menstrual syndrome), anda perlu tahu bahawa vitamin D dapat mempengaruhi kadar serotonin di otak sehingga mempengaruhi suasana hati anda.

4.  Sering sedih

(*)Berdasarkan hasil kaji selidik yang dibuat oleh The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, kaum perempuan yang kekurangan vitamin D, lebih kerap mengalami depresi.

5.  Sengal-sengal Badan

(*)Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa kebas  atau sengal-sengal kronik yang kerap terjadi pada sendi-sendi tubuh.

6.  Mudah stress

(*)Vitamin D sangat baik untuk pertumbuhan tulang. Jika kita kekurangan vitamin D, tulang akan menjadi lemah dan mudah patah dan strs meningkat.

7.  Sering Mengantuk

(*)Dalam kaji selidik ‘Journal of Clinical Sleep Medicine’ menyatakan, rendahnya  tahap vitamin D berkait rapat dengan peningkatan rasa mengantuk di siang hari.

8.  Penurunan Daya Ketahanan Tubuh

(*)Beberapa penelitian menunjukkan, atlet yang kekurangan vitamin D cenderung mengalami penurunan daya ketahanan tubuh.

Antara penyebabnya:

(*)Terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan juga termasuk salah satu penyebab kenapa seseorang itu mengalami masalah kekurangan vitamin D.

(*)Penderita obesiti juga memiliki kecenderungan untuk mengalami kekurangan vitamin, kerana vitamin D telah dihalang oleh sel lemak daripada dalam darah.

(*)Aktiviti di dalam ruangan membuatkan seseorang tidak mempunyai waktu untuk berjemur dan mendapatkan keperluan vitamin D daripada sinar matahari.

(*)Melindungi diri dengan pakaian tertutup, topi,sarung tangan dan sebagainya sehingga membuatkan tubuh tidak mampu menyerap vitamin D secara semulajadi daripada matahari ketika berada di luar rumah.

(*)Anda yang berkulit gelap memerlukan waktu lebih lama untuk berjemur di bawah sinaran matahari kerana melanin menurunkan kemampuan kulit untuk memproduksi vitamin D.


Langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasinya:

(*)Dua atau tiga mingggu sekali, anda disarankan meluangkan masa untuk berjemur di bawah sinaran matahari pagi yang boleh memberikan keperluan vitamin D secara maksimum.

(*)Dapatkan sumber vitamin D lain daripada makanan, misalnya ikan salmon, sardin, telur dan ikan, bijirin sarapan serta produk susu.

(*)Jika anda tergolong dalam kategori obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan demi penyerapan vitamin D yang lebih baik.

(*)Hindari penggunaan sinaran matahari berlebihan, terutama jika anda tidak menghabiskan waktu terlalu lama di bawah terik mata.

(*)Sumber vitamin D lain adalah suplemen. Namun, usahakan bahawa anda tetap mendapatkan keperluan vitamin D daripada sumber yang lebih semulajadi.

(*)Lakukan pemeriksaan kesihatan tentang masalah kekurangan vitamin D dan mintalah nasihat pakar perubatan bagaimana cara mengatasinya.


EmoticonEmoticon