Bahan-Bahanya ialah:
Bahan untuk diperap –
(*)1 ekor ayam, potong 12 bahagian
(*)3 ulas bawang putih
(*)sedikit garam
Bahan-bahan untuk digoreng –
(*)250 ml minyak masak
(*)15 ulas bawang merah, dihiris nipis
(*)2 biji bawang besar, potong dadu
(*)1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
(*)1/2 cawan kismis
(*)hati dan pedal ayam, potong kiub
(*)garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk kuah –
(*)5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
(*)4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(*)3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
(*)125 ml air
(*)3/4 tin susu cair
(*)120 gram (1 tin kecil) tomato puri
(*)2 batang serai, dititik
(*)2 helai pandan, carik dan simpul
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
(*)2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat.
(*)3. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
(*)4. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
(*)5. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit.
(*)6. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
(*)7. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.
EmoticonEmoticon