1. Pastikan kucing anda mempunyai keperluan makanan yang sesuai – cukup dengan nutrien yang diperlukan
(*)Pastikan anda membeli makanan haiwan peliharaan anda dengan betul agar ia sihat dan sentiasa bertenaga. Baca setiap label kandungan pemakanan yang sesuai dengan haiwan peliharaan anda. Sediakan tempat makanan, letak dalam bekas. Kalau boleh elakkan kucing anda makan di meja makan, takut masalah hygiene di kalangan keluarga lain.
2. Jika mempunyai masa, bawa kucing anda berjalan-jalan.
(*)Ini merupakan masa yang baik untuk ‘mereka’ ini bersenam di samping merapatkan lagi hubungan anda berdua.
3. Mandikan kucing anda sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu.
(*)Bulu kucing bukan sahaja perlu disikat atau diberus, malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria kucing haruslah dimandikan dengan syampu khas untuk kucing yang sesuai supaya bulunya sentiasa cantik. Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinganya. Bulu kucing anda boleh dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut atau menggunakan tuala yang kering.
4. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut
(*)Sama seperti anda perlu pergi berjumpa doktor untuk rawatan atau sebarang pemeriksaan bagi memastikan diri sihat, lakukan perkara yang sama pada haiwan kesayangan anda. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjutan. Oleh kerana haiwan peliharaan ini tidak boleh bercakap, kadang-kadang ia memerlukan orang untuk mengetahui jika ia dalam keadaan baik atau sebaliknya.
5. Berikan permainan kepada kucing
(*)Pergi ke taman bersama kucing anda untuk main bola atau apa sekalipun asalkan haiwan peliharaan anda itu bergerak. Jika anda mempunyai kucing, pergi ke kedai haiwan peliharaan dan cuba dapatkan barang permainan untuk kucing anda.
6. Habiskan masa dengan kucing
(*)Biarkan kucing anda tahu bahawa anda menyayanginya dan sudah pastikan ia akan turut menyayangi anda kembali. Tambahan pula dengan sikap anda yang sentiasa peka untuk memberikan rawatan, sudah pasti haiwan ini akan menyukai anda sebagai tuannya.
7. Pastikan keadaan kucing anda selamat
(*)Jauhi anak kucing anda daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak-kanak atau haiwan-haiwan lain yang ganas seperti anjing.
8. Memberi teguran
(*)Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. ‘Mereka’ suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, dan sebagainya. Jika kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikannya dengan mengatakan “stop” atau “jangan” tetapi anda jangan menjerit. Sebaliknya gunakan nada yang rendah dan alihkan kucing anda ke tempat lain,jauh dari tempat kejadian tadi. Ajar apa yang boleh dan tidak boleh lakukan ketika di dalam rumah. Dengan itu, anda tidak dengar lagi bebelan ibu anda dengan keadaan di rumah.
9. Makanan tambahan untuk mendapatkan bulu kucing yang cantik dan lebat:
(*)Sudah pastinya setiap pemilik kucing mahukan kucing kesayangannya berbulu lebat serta sihat. Oleh itu, makanan tambahan memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan bulu dan kulit, kerana kedua-duanya adalah penting dan saling berhubungkait satu sama lain. Makanan tambahan yang diperlukan oleh kucing anda adalah:
Vitamin dan mineral
(*)Terdapat berbagai vitamin atau multivitamin untuk kucing. Bagaimanapun, kebanyakan makanan harian kucing yang sedia ada mengandungi multivitamin dan mineral yang mencukupi dan diperlukan oleh kucing.
Essential Fatty Acid
(*)Omega 3 dan Omega 6 memang terkenal dengan kebaikan untuk menjadikan bulu kucing berkilat dan kurang gugur. Ia juga memberikan perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, mata dan sendi-sendi. Seperti juga pada manusia, omega 3 memberikan perlindungan kepada jantung serta menurunkan paras kolesterol.
Probiotik
(*)Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat.
Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing
(*)Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Kebaikannya adalah:
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
(*)Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Ini bermakna risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung adalah sangat rendah.
2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
(*)Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah alergi
(*)Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang mengatakan bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berlaku.
4. Membantu mencegah asma pada anak
(*)Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. Mengurangkan Tekanan Darah
(*)Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan kolestrol
(*)Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. Mengurangkan risiko mendapat strok
(*)Prospek mempunyai strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan strok, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat strok.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
(*)Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
(*)Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu memperbaiki mood anda termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autisme
(*)Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autisme.
11. Mengurangkan Kesepian
(*)Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Kesimpulan
(*)Walaubagaimanapun sekiranya anda mahu memelihara haiwan peliharaan,anda dinasihatkan betul-betul menjaga kebersihan diri dan haiwan peliharaan anda kerana kuman sangat mudah menjangkiti sekiranya terdedah kepada kekotoran. Sekiranya anda mahu memberikan haiwan peliharaan anda makanan tambahan,pastikan terlebih dahulu anda mendapatkan nasihat daripada pakar atau veterinar.
EmoticonEmoticon