Tuesday, 15 March 2016

Resepi Daging Masak Lada Hitam Menyelerakan

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1/2 kilo daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus hingga empuk)
(*)3 sudu kecil serbuk lada hitam
(*)2 sudu kecil serbuk ketumbar
(*)3 ulas bawang putih
(*)2 inci halia
(*)2 biji bawang besar (dipotong bentuk cincin)
(*)2 sudu besar sos tiram
(*)2 sudu besar kicap manis
(*)Sayuran – Lobak Merah, Bunga Kobis, Cili hijau (Jika mahu)
(*)Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Mula-mula cincang halus bawang putih dan halia ( kalau nak tumbuk lumat pun boleh) , panaskan minyak. Tumis bahan tadi hingga naik bau.

(*)2. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar, sos tiram, kicap serta daging yang telah direbus tadi.

(*)3. Masukkan sedikit sayuran juka anda mahu. Kacau sebati, sesuaikan rasa dengan masukkan garam. jika terlalu kering masukkan sedikit air.

(*)4. Setelah semua sudah sebati masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar.

(*)5. Bila bawang besar sudah layu, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.


EmoticonEmoticon