Tuesday, 15 March 2016

Jenis Makanan Yang Menguatkan daya ingatan

Tags


Jom, semak beberapa jenis makanan sihat yang boleh mencerdaskan otak kita. Antaranya:

1. Ikan Salmon

(*)Ikan sangat baik untuk otak. Di dalam tubuh ikan terdapat asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 ini banyak terdapat pada ikan salmon, tuna dan sardin.  Kandungan omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk jantung, tetapi juga dapat meningkatkan fungi belajar dan memori di otak.


2. Coklat

(*)Ternyata coklat sangat baik untuk otak kerana mengandungi ‘flavoboid’ yang mengundang pembentukan sel saraf baru pda otak yang boleh menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.


3. Pisang

(*)Ramai yang menyukai pisang, selain bermanfaat bagi menjaga kecantikan ternyata ia juga bagus untuk mengaktifkan otak kita. Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak anda.


4. Bayam & Kangkung

(*)Sayuran hijau seperti bayam juga sangat baik untuk mempertajamkan minda anda. Di dalam bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk mencerdaskan otak anda.

(*)Manakala kangkung juga mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi serta sangat berpengaruh terhadap kekuatan dan daya fikir otak.


5. Telur

(*)Telur sangat baik untuk otak kerana di dalam telur mengandungi asid amino yang sememangnya diperlukan untuk mempertajamkan otak kita.


6. Avocado

(*)Avocado tergolong dalam kategori buah berlemak. Namun, pengambilan dalam jumlah yang tepat boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

(*)Selain mampu melancarkan perjalanan darah, buah ini juga sangat bagus untuk otak kerana ia kaya  dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi otak daripada penuaan semulajadi.


7. Brokoli

(*)Sangat baik untuk mempertajamkan daya ingatan otak. Brokoli mengandungi vitamin C, antioksidan serat beta karoten yang berfungsi menjaga kesihatan otak.


8. Jus Delima

(*)Buah delima mempunya sejuta manfaat buat tubuh, termasuk otak. Buah ini dipercayai dapat membuat daya fikir seseorang itu tetap aktif. Antioksidannya juga mampu melawan radikal bebas.


EmoticonEmoticon