Tuesday, 15 March 2016

Resepi Ketam Masak Berlada Memang Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Ketam dikerat 2 atau 1 ekor
(*)Pes cili (4 sudu)
(*)Bawang merah (4 ulas)
(*)Bawang putih (1 ulas)
(*)Bawang besar dipotong ulat (1/2 biji)
(*)Air asam jawa (secukupnya)
(*)Garam (secukup rasa)
(*)Gula (secukup rasa)
(*)Minyak untuk menumis (secukupnya)

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Tumis bawang putih (diketuk) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).

(*)2. Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati.

(*)3. Masukkan bawang besar. Biar hingga bawang besar layu. Barulah masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau sebati.

(*)4. Tutup kuali supaya ketam masak sekata.

(*)5. Kacau hingga pecah minyak sebelum dihidang.


EmoticonEmoticon