Wednesday, 16 March 2016

Tampil Cantik Dengan Rahsia Buah Betik

Tags


1. Menghilangkan Jerawat

(*)Buah betik mampu menghilangkan jerawat. Caranya mudah sahaja, kisar betik yang sedang ranum sehingga halus. Kemudian sapukan pada bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya.



2. Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam

(*)Campurkan buah betik yang telah dikisar halus dengan susu. Kemudian sapukan ke bahagian muka yang berbintik hitam. Susu boleh membuatkan wajah anda menjadi lebih putih dan berseri-seri. Manakala buah betik pula boleh membuatkan wajah anda menjadi lebih halus dan lembut.



3. Melembabkan Kulit

(*)Buah betik mengandungi sodium yang sangat rendah, tetai mempunyai kandungan air yang banyak. Jadi, sebab itulah buah betik sangat bagus untuk melembabkan kulit.Kisar buah betik masak ini sehingga halus dan campurkan dengan madu, gunakan sebagai masker muka atau tubuh. Biarkan selama 30 minit dan kulit anda pasti menjadi lebih lembab, lembut dan bercahaya.



4. Mengurangkan Kedutan & Garis-Garis Halus Di Muka

(*)Buah betik sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit. Ia membantu dalam melawan radikal bebas dalam tubuh yang mencegah terjadinya penuaan semulajadi,kedutan dan masalah kulit yang lain. Ambil sepotong buah betik masak, hancurkan dan urut lembut pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilaslah dengan air suam.



5. Perapi Rambut

(*)Inginkan rambut yang lebih lembut, halus dan menawan?Jadikan buah betik masak ini sebagai perapi rambut. Caranya mudah sahaja, campurkan betik masak yang sudah dikisar dengan minyak almond, yogurt dan madu. Setelah sebati, sapukan pada bahagian rambut anda. Biarkan selama sejam dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih.


EmoticonEmoticon