Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 biji bawang besar dipotong dadu
(*)3 biji bawang putih dicincang
(*)4 keping daging burger dicincang halus
(*)1 mangkuk besar sayur campur
(*)3 sudu minyak masak
(*)Garam secukup rasa
(*)1 bungkus kulit popia yang kecil/besar-ikut suka
Cara Menyediakannya ialah:
(*)1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
(*)2. Masukkan daging burger yang telah dicincang halus. Gaul rata.
(*)3. Masukkan sayur campur. Gaul rata dan tambahkan garam secukup rasa.
(*)4. Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk sebentar. Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
(*)5. Bila nak menggoreng pastikan minyak tak terlalu panas dan terlalu perlahan.
(*)6. Perlahankan sedikit apai, masukkan popia dan kekalkan api pada tahap sederhana sahaja.
(*)7. Bila dah kuning keemasan boleh diangkat. Hidangkan dengan sos cili.
EmoticonEmoticon