Petua Licinkan Kulit Muka
(*)Campurkan tepung sagu dengan air. Kemudian sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk.
(*)Parut sebiji ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering dan cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.
(*)Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
(*)Parut sebiji ubi kentang.Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
(*)Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
(*)Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar tepung. Sapukan campuran tadi ke muka anda. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam.
(*)Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka dan urutkan kulit muka perlahan-lahan. Kemudian basuh dengan air suam.
(*)Kisar 5 kuntum bunga Cempaka dan 5 kuntum bunga Melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk.Sapukan pada muka pada setiap malam.
(*)Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan. Biarkan selama tiga minit kemudian bilas bersama air suam.
EmoticonEmoticon