Wednesday, 16 March 2016

Resepi Kuah Dhal Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan A –

(*)1. 200gm genggam kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
(*)2. sebiji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu
(*)3. 1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
(*)4. 1/2 sudu besar rempah kari
(*)5. garam secukup rasa

Bahan B –

(*)1. sedikit rempah campur. Terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih.
(*)2. 1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu.
(*)3. Setangkai daun kari.
(*)4. 1 cm halia-dimayang

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Rebus kacang dhal sampai empuk.

(*)2. Bila kacang dhal dah separuh empuk, masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.

(*)3. Masukkan terung dadu dan carrot dadu.

(*)4. Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat).

(*)5. Dalam kuali, (tumis bahan B) sehingga naik bau.Bila dah naik bau, angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi.

(*)6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

(*)7. Enak dimakan bersama roti canai dan sambal ikan bilis.


EmoticonEmoticon