(*)Menurut Laura Berman, ph.D, seorang pakar seks dan terapi dari Feinberg School of Medicine, Northwestern University, Chicago, melakukan hubungan seks ketika haid sangat berbahaya bagi kedua belah pihak, terutamanya kaum wanita. Antara kemungkinan bahaya seks ketika haid adalah:
1. Risiko Endometriosis
(*)Darah ‘kotor’ yang seharusnya keluar dari rahim boleh jadi masuk ke dalam rongga perut yang disebut ‘endometriosis’. Masalah ini akan mengganggu kesuburan sebanyak 80 peratus dan boleh menyebabkan potensi untuk memiliki zuriat menjadi sukar serta membawa kepada kemandulan.
2. Infeksi Pada Lelaki
(*)Melakukan seks ketika haid, darah yang berasal dari vagina dan rahim boleh masuk ke dalam penis. Di mana ia boleh menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria serta boleh menimbulkan infeksi saluran kencing, masalah pada kantung sperma dan prostat pada lelaki.
3. Penyakit Menular Seksual
(*)Ketika dalam keadaan normal, serviksatau leher rahim mempunyai lendir serviks yang berfungsi untuk menyaring kuman yang masuk ketika melakukan hubungan seks. Sewaktu wanita mengalami haid, leher rahim terbuka untuk memudahkan keluarnya darah haid. Ini bermakna jika melakukan seks ketika haid ia berpotensi menularkan virus HIV dan hepatitis.
4. Kematian Mendadak
(*)Situasi ini terjadi disebabkan ‘intercourse’ boleh membawa gelembung udara masuk ke pembuluh darah yang terbuka. Gelembung udara inilah yang menimbulkan penyumbatan pembuluh darah dan boleh menjadi penyebab kematian mendadak.
Kesimpulan
(*)Apapun alasannya, seks ketika haid sangat berbahaya dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi, sebab itulah kita dilarang sama sekali melakukan hubungan seks selagi masih ‘period’.Tahanlah seketika, daripada anda terpaksa menanggung masalah penyakit di kemudian hari!
EmoticonEmoticon