Saturday 12 March 2016

Senaman Mudah Untuk Kecilkan Lengan

Tags


Angkat berat

(*)Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berhampiran. Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.


Boxing

(*)Lakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu kordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.


Aerobik

(*)Aerobik merupakan antara cara yang paling sesuai untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘kincir angin’. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda.


Push-up

(*)Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kecil kerana ia boleh membentuk lengan anda. Ia mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Untuk mendapat keselesaan yang lebih, anda boleh lakukan di rumah sahaja!

Cara Lain Mengecilkan Lengan


Makanan

(*)Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Utamakan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik.


Minum banyak air

(*)Air adalah penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tetapi jika anda meminum air secara berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk. Oleh itu, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah baik.


EmoticonEmoticon