Wednesday, 23 March 2016

Resepi Tortilla Sosej Wrap Sedap

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)Roti tortilla
(*)Telur
(*)Tomato
(*)Salad
(*)Sosej
(*)Cheese slice
(*)Lada hitam
(*)Sos cili
(*)Mayonis
(*)Thousand Island Lady Choice

Cara memasaknya ialah:

(*)Ambil sekeping tortilla, panaskan diatas kuali tanpa minyak. Terbalikkan sehingga kedua-dua belah garing. Alihkan.

(*)Sementara itu, rebus/bakar/goreng sosej anda sehingga masak.

(*)Pukul telur sehingga naik, goreng telur menjadi telur dadar.

(*)Ambil semula tortilla tadi, letakkan telur di atasnya.

(*)Kemudian, letakkan salad dan tomato yang sudah dibersihkan.

(*)Tambahkan sekeping keju dan letakkan sosej diatasnya.

(*)Jangan lupa letakkan sos cili, mayonis, thousand island dan juga lada hitam.

(*)Gulung ia dengan kemas. Potongkan kepada dua atau tiga bahagian.

(*)Sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon