Cara Kuruskan Peha
Kurangkan makan makanan berkalori tinggi dalam diet harian
(*)Pilih makanan seperti biji-bijian. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di peha anda.
Lakukan Senaman Kardio
(*)Senaman kardio menaikkan kadar jantung anda ke tahap yang maksimum memastikan kalori dan lemak didalam badan dibakar. Senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal, melompat tali dan kickboxing boleh membantu anda membakar paha anda dari 500 kepada lebih daripada 1,000 kalori jika dilakukan dengan betul.
Lakukan senaman bebanan selama 30 minit setiap hari
(*)Lakukan selepas senaman kardio untuk membantu membina otot dan membakar lemak di seluruh badan dan peha.
Lakukan sekurang-kurangnya lima set 20 kali senaman lunges
(*)Senaman ini mengukuhkan kaki anda untuk membantu melakukan senaman kardio dengan lebih berkesan. Ini akan membantu proses pembakaran lemak diseluruh badan dan peha dengan berkesan.
Tetapkan target harian dan mingguan anda
(*)Tegas dan tetapkan di dalam jadual harian anda untuk melakukan senaman dan menjaga makanan yang diambil. Ini dapat mengawal dan mendisiplinkan diri anda dari mengambil makanan yang tidak seimbang.
Senaman Aerobik
(*)Senaman aerobik adalah baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan peha anda dengan cepat.
Lakukan senaman ‘Jumping Squats’
(*)Ia akan membantu mengecilkan peha dan perut anda dengan cepat. Mulakan dengan berdiri tegak kemudian buka kaki sedikit hingga selebar pinggul, dan juga posisikan tangan anda pada pinggul. Selepas itu kencangkan otot perut anda terus ke arah dalam, selepas itu tekuk lutut sampai ke posisi paha sejajar permukaan lantai. Lompatlah dan mendarat dengan posisi yg sama. Lakukan di kawasan yang luas. Ulangi gerakan ini lebih kurang sebanyak 10 s/d 15 kali.
Bersenam sekurang-kurangnya sepuluh minit berterusan
(*)Kerana apa-apa yang kurang tidak akan benar-benar membantu anda membakar kalori terutama di kawasan perut dan peha anda. Tambahkan 10 minit untuk terus bersenam.
Gunakan produk kesihatan
(*)Seperti makanan tambahan yang akan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan peha dengan cepat. Yang penting, pastikan produk itu mendapat kelulusan pihak yang bertanggungjawab.
EmoticonEmoticon