Bagaimana Lemak Terkumpul?
(*)Punca utama bagaimana lemak terkumpul tentulah gaya pemakanan. Lemak adalah pertukaran daripada protein dan karbohidrat untuk disimpan sebelum menjadi tenaga. Namun begitu, anda perlu berhati-hati. Kurangkan diet pemakanan yang mengandungi banyak lemak berbahaya seperti lemak trans. Lemak trans sukar untuk dibakar tubuh dan pastinya kurang nutrisi.
Bahan Membantu Bakar Lemak
1. Teh Hijau
(*)Ekstrak daun teh hijau mampu membantu pengoksidaan lemak. Selain itu, meminum teh hijau adalah disarankan kerana ia mengandungi catechin. Catechin membantu meningkatkan kadar metabolism dan kadar pembakaran juga akan meningkat.
2. Cili Merah
(*)Capsaicin yang terkandung dalam bahagian biji-biji cili membantu meningkatkan kadar metabolisma, tetapi hanya untuk seketika. Sebab itu ia amat disyorkan untuk dimakan.
3. Minyak Bijan
(*)Sesamin yang terkandung dalam minyak bijan bersifat anti-oksidanya yang tinggi, namun baru-baru ini ia juga dikenalpasti sebagai bahan yang membantu proses pembakaran lemak. Dalam bentuk aktif, sesamin dijumpai untuk mengaktifkan reseptor-reseptor sel-sel otot, jantung dan hati.
4. Susu Rendah Lemak
(*)Tenusu rendah lemak mengandungi banyak bakteria baik yang membantu perut dalam sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat kerana dapat menyerap nutrisi sepenuhnya dan mengurangkan gejala tubuh lesu. Selain itu, tenusu rendah lemak mengandungi kalsium dan vitamin D yang membantu memecahkan dan membebaskan sel-sel lemak dengan lebih cekap.
5. Kafein
(*)Sebuah kajian yang dilaksanakan Journal of Medicine and Scince in Sports melaporkan mereka yang mengambil secara purata 330mg kafein 60 minit sebelum bersenam mengalamai kadar pengoksidaan lemak yang lebih tinggi berbanding biasa. Kadar pengoksidaan lemak yang tinggi bermakna pembakaran lemak lebih tinggi, justeru kurangnya penggunaan glycogen otot. Apabila tubuh kehabisan glycogen otot, maka keadaan tubuh akan lesu dan tidak bermaya.
EmoticonEmoticon