Wednesday, 23 March 2016

Resepi Kek Lapis Sarawak Kukus Asam Manis

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)5 biji telur (grade A)
(*)225 g gula halus
(*)100 ml minyak jagung
(*)150 ml susu cair
(*)220 g tepung gandum
(*)1 sudu besar ovalette
(*)1 sudu kecil rata baking powder
(*)1 sudu kecil esen vanilla
(*)½ sudu kecil garam
(*)pewarna merah, hijau dan kuning (mengikut citarasa anda)
(*)2 paket asam manis atau hawflakes


Cara memasaknya ialah:

(*)Panaskan pengukus anda dan sediakan loyang (saiz 8×8). Sapukan minyak dan alas loyang dengan baking paper.

(*)Ayak tepung dan baking powder. Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak, asam manis dan pewarna. Pukul adunan tadi hingga gebu dan sebati.

(*)Kemudian masukkan minyak jagung dan gaul adunan dengan senduk hingga adunan sebati.

(*)Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna serta lapisan yang anda inginkan.

(*)Jika anda bahagi kepada 4 bahagian, letakkan setiap bahagian itu dengan pewarna yang berlainan.

(*)Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan. Susun kepingan asam manis di atas lapisan pertama. Kukus lapisan pertama selama 5 hingga 7 minit.

(*)Apabila lapisan pertama sudah masak, angkat loyang itu dan tuang lapisan kedua, serta susun asam manis dan kukus semula.

(*)Ulang kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan yang anda mahukan.

(*)Untuk lapisan yang terakhir, kukus selama 20 minit supaya kek lapis itu masak secara keseluruhannya.

(*)Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit dan kemudian alihkan.

(*)Biarkan kek lapis anda sejuk sepenuhnya. Setelah itu, anda boleh memotongnya dengan pisau yang tajam dan sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon