Tuesday 8 March 2016

Resepi Mi Hong Kong Holiaoo

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)200gm mi kuning
(*)2 biji telur
(*)80gm udang | dibuang kulit
(*)80gm sotong | dihiris
(*)2 ulas bawang putih | dicincang halus
(*)3 sudu makan cili boh
(*)2 sudu makan sos tiram
(*)2 sudu makan sos cili
(*)2 helai daun sup | dihiris
(*)50gm sawi | dihiris
(*)40gm kobis | dihiris
(*)30gm kobis bunga | dihiris
(*)40gm lobak merah | dihiris
(*)50ml air
(*)Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (*)Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. (*)Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
3. (*)Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
4. (*)Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
5. (*)Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. (*)Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.


EmoticonEmoticon