Tuesday 8 March 2016

Atasi Rambut Kelemumur

Tags


1. Berpeluh

(#)Jika anda bersenam dengan kerap atau anda mengalami peluh yang berlebihan, ia juga boleh menyebabkan kelemumur terutamanya jika anda tidak mencuci sekerap seperti yang sepatutnya.



2. Kulat pada kepala

(#)Beberapa jenis kelemumur juga dipercayai disebabkan oleh kulat pada kulit kepala. Kerana kulat ini tidak boleh dihapuskan sepenuhnya maka kelemumur juga tidak boleh mati keluar sepenuhnya, hanya boleh dikawal.



3. Faktor-faktor lain

(#)Termasuklah cuaca sejuk, penggunaan semburan dan minyak rambut, syampu yang tidak sesuai, tidak membilas rambut dengan bersih setelah bersyampu, jarang membasuh rambut, corak pemakanan, tekanan perasaan dan gangguan hormon.



Untuk mengatasi masalah rambut kelemumur secara semulajadi mahupun rawatan moden itu terpulang kepada yang berkemampuan, di bawah ini adalah cara untuk anda lakukan di rumah. Selamat mencuba!

*  Cuka putih

(#)Cuka putih adalah ubat yang sangat baik untuk kelemumur. Campurkan 1 cawan cuka dan air. Selepas itu, bilas rambut menggunakan campuran cuka tadi. Kemudian anda bilas rambut sekali lagi dengan air bersih.



*  Serbuk Penaik

(#)Ambil sedikit serbuk penaik dan gosok pada kulit kepala anda. Kemudian bilas dengan bersih sehingga rambut anda bersih dari bekas serbuk penaik. Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang baik.



* Lemon

(#)Ambil ½ cawan kecil jus limau dan lumurkan ke atas kulit kepala anda. Selepas itu, urutkan rambut anda dengan menyiram air sedikit demi sedikit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.

(#)Rambut anda akan kelihatan segar dan juga wangi kesan perahan limau yang digunakan. Lakukan beberapa kali untuk hasil yang berkesan.



*  Garam

(#)Ambil sedikit garam untuk mencuci rambut kelemumur anda dengan cara menaburkan garam dan gosok perlahan-lahan pada kulit kepala anda. Biarkan selama 3 minit kemudian bilas dengan air bersih. Selepas itu, anda boleh mencuci menggunakan syampu.



* Santan

(#)Campurkan ½ cawan santan, 1 cawan jus nanas, jus limau dan ½ cawan air kelapa. Kacau campuran air ini hingga sebati dan gunakan untuk mencuci rambut anda seminggu sekali. Bersihkan dengan syampu setiap kali anda melakukan rawatan ini.


EmoticonEmoticon