Tuesday, 8 March 2016

Cara Meluruskan Rambut Dengan Teknik Yang Paling Mudah

Tags


1. Gunakan Jus Lemon Dan Santan

(*)Campurkan setengah cawan jus lemon dengan secawan santan, kemudian sejukkan campuran tersebut ke dalam peti sejuk sehingga ia berubah menjadi krim yang kental. Setelah ia menjadi krim yang kental, sapu dan baurkan campuran tersebut pada rambut sehingga merata. Jangan lupa untuk mengurut kulit kepala anda, kemudian bungkus dengan ‘shower cap’. Biarkan selama sejam, sehingga ia kering.



2. Khasiat Susu

(*)Campurkan setengah cawan air putih dengan setengah cawan air susu, kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut, biarkan selama 20 hingga 25 minit, kemudian sikatlah rambut anda sampai halus. Setelah itu, bilaslah rambut anda dengan menggunakan syampu dan perapi.



3. Rahsia Daun Seledri

(*)Ambil seikat daun seledri, kemudian kisar hingga hancur, kemudian tambah sedikit dengan air. Kemudian tapislah air perahan daun seledri dan biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya guna air perahan duan seledri itu untuk mengurut rambut dan kepala anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah kepala anda dengan menggunakan syampu sampai bersih. Praktikan cara tersebut selama 10 hari secara rutin. Hasilnya rambut anda akan kelihatan lurus semulajadi dan lebih menawan.



Extra Tips!

Merawat Rambut Kerting Agar Cantik & Lembut Setiap Hari

1. Guna Sedikit Syampu, Tetapi Perapi Yang Banyak

(*)Ketika bersyampu, amalkan penggunaan syampu yang sedikit dan lebihkan ‘conditioner’ atau pun perapi. Syampu akan mengeringkan rambut, tetapi perapi akan melembutkannya.

(*)Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda serta mampu menyeimbangkan kelembaban kulit kepala. Ia akan menjaga rambut ikal anda lebih bervolume.



2. Menggunting Hujung Rambut

(*)Dengan menggunting hujung rambut secara teratur boleh menjaga rambut keriting anda supaya tidak  nampak kusam atau pun bercabang. Menggunting hujung rambut akan merangsang pertumbuhan hujung rambut yang lebih sihat.



3. Bersikat

(*)Disebabkan ikal pada rambut yang keriting ini nampak cantik apabila terbentuk secara semulajadi, jadi jangan menyikat rambut anda dengan mengggunakan sikat. Cara semulajadinya adalah dengan menggunakan jari. Situasi ini akan membuatkan rambut keriting anda tidak akan berubah bentuk dan terjaga keindahannya.



4. Penggunaan Penggulung Rambut

(*)Ada pelbagai jenis keriting. Untuk rambut dengan gelombang yang besar, menggunakan roll boleh membantu menjaga bentuk keriting rambut anda lebih kemas.

(*)Di samping itu, jangan lupa pakai ‘deep conditioning’ iaitu menggunakan perapi rambut selama 20-30 minit sebelum dibilas. Ia akan dapat menjaga ketahanan dan kelembutan rambut selama seminggu.



5. Hindari Panas

(*)Sebaiknya elakkan mengeringkan rambut ikal menggunakan ‘hair dryer’ kerana ia boleh merosakkan rambut, terutama hujung rambut keriting. Panas boleh merosak tekstur rambut, mengubahnya menjadi kering dan kasar. Selain itu, ia juga dapat mengubah bentuk ikal rambut kita menjadi buruk. Lebih baik keringkannya dengan cara semulajadi iaitu menggunakan tuala kering.


EmoticonEmoticon