Sunday, 13 March 2016

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap

Tags


BAHAN-BAHAN A

(*)1 cawan serbuk koko | diayak
(*)1 cawan gula pasir
(*)1 cawan susu cair
(*)1 cawan minyak masak
(*)1/2 cawan susu pekat


BAHAN-BAHAN B (DIAYAK BERSAMA)

(*)1 1/2 cawan tepung gandum
(*)1 sudu teh soda bikarbonat
(*)1 sudu teh serbuk penaik


BAHAN-BAHAN C

(*)1 sudu teh esen vanilla
(*)3 biji telur (suhu bilik)
(*)Pembalut aluminium
(*)Sedikit mentega


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak hingga sebati menggunakan api kecil. Padamkan api dan sejukkan.

(*)2.  Di dalam mangkuk berlainan, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.  Tuang bahan A yang telah disejukkan tadi bersama esen vanilla.  Kacau hingga sebati.

(*)3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.

(*)4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Hentakkan loyang perlahan-lahan agar adunan menjadi mampat.

(*)5. Tutup permukaan loyang dengan menggunakan pembalut aluminium. Ia bertujuan untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam adunan.

(*)6. Panaskan kukusan dan kukus kek  selama  selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana.

(*)7. Angkat  dan biarkan kek sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon