Sunday, 13 March 2016

Kebaikan Membendung Bayi

Tags


Cara Bedung Bayi

(*)Letakkan helain kain lampin atau kain bedung. Kemudian lipat sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.

(*)Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.

(*)Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya. Masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan pusing ke belakang bayi.

(*)Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.

(*)Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakang di sebelah kiri.

(*)*Pastikan bedungan itu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.


Teknik Bedung Bayi


Teknik Bedungan Moden

(*)Teknik bedungan moden menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.


Teknik Bedungan Tradisional

(*)Teknik bedungan tradisional ialah teknik lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung yang diperbuat daripada kain kapas.


Kebaikan Bedung Bayi

(*)Membantu bayi tidur lebih lena.

(*)Memudahkan bayi anda cepat tidur.

(*)Mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak disebabkan bunyi bising di sekeliling mereka.

(*)Membantu untuk meluruskan kaki bayi. Hal ini untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’ atau ‘kengkang’.

(*)Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan.

(*)Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa.

(*)Mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

(*)Bayi merasa hangat seperti di dalam kandungan ibunya.

(*)Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

(*)Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila bayi dibedung.


EmoticonEmoticon