Sunday, 13 March 2016

Resepi Roti Sosej sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)300gm tepung tinggi protein
(*)150ml air sejuk
(*)65gm gula
(*)50gm marjerin
(*)15gm susu tepung
(*)5gm yis
(*)1 biji telur
(*)6 batang sosej
(*)1 sudu besar penaik roti (bread improver)
(*)1 sudu teh garam


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Satukan bahan kering seperti tepung tinggi protein, susu tepung, gula, garam, penaik roti dan yis ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata menggunakan hujung jari.

(*)2. Kemudian masukkan telur dan air sejuk. Adun sehingga sebati.

(*)3. Setelah itu, masukkan marjerin dan uli sehingga doh menjadi lembut. Rehatkan doh selama 20 minit.

(*)4. Seterusnya, uli doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Rehatkan roti sekali lagi sebelum dibakar.

(*)5. Akhir sekali, setelah doh naik, bakar ban dengan suhu 180ºC selama 25 minit. Sedia untuk dinikmati.


EmoticonEmoticon